Monday, April 20, 2009

Cara terbaik didik anak

PENDIDIKAN suatu proses berterusan daripada seorang anak itu dilahirkan sehingga ke liang lahad. Justeru, ibu bapa perlu memastikan mereka memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak.

Islam sudah meletakkan kaedah yang baik boleh diikuti ibu bapa dalam mendidik anak-anak, antaranya:

- Didik anak makan dengan tangan kanan, baca Bismillah, mulakan dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya. Elak daripada memandang makanan dan orang yang sedang makan.

- Jangan tergesa-gesa ketika makan. Kunyah dengan baik dan jangan masukkan makanan ke mulut sebelum habis yang ada di mulut. Suruh anak anda berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

- Latih anak agar tidak bermewah-mewah dalam makanan supaya menimbulkan erti kesyukuran dengan apa yang ada. Usah makan terlalu banyak untuk mencegah daripada kebiasaan buruk, iaitu mementingkan perut saja.

- Dahulukan orang lain dalam hal makanan dan latih dengan makanan sederhana serta tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak.

- Didik anak memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan daripada sutera kerana ia hanya untuk wanita.

- Elak anak daripada berkawan dengan mereka yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh. Ini bagi mengelakkan anak anda dipengaruhi sifat buruk seperti suka berdusta, mengadu domba dan keras kepala.

- Tanamkan anak cinta membaca al-Quran dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik, sejarah orang soleh, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan mencontohi mereka.

- Jauhi anak daripada lagu cinta yang sekadar menuruti hawa nafsu kerana ia boleh merosakkan jiwa dan hati.

- Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia, usah segan memujinya atau memberi penghargaan. Jika anak anda melakukan kesalahan kali pertama, usah hebohkan kepada orang ramai, sebaiknya berinya nasihat secara baik.

- Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan kasar ketika berbual, berbincang secara hormat.

- Elak anak daripada tidur pada siang hari kerana boleh menyebabkan sifat malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, pada waktu malam, biarkan anak tidur dan jangan paksa dengan aktiviti lain.

- Jangan sediakan anak tempat tidur mewah kerana boleh mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur.

- Larang anak daripada membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanan di hadapan teman sepermainan. Biasakan bersikap tawaduk, lemah-lembut dan menghormati teman.

- Jauhkan anak daripada kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

- Ajari anak duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua-dua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Itulah cara duduk yang dilakukan Rasulullah (saw).

- Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.

- Elak anak daripada banyak bersumpah, baik sumpah benar atau dusta agar hal itu tidak menjadi kebiasaan.

- Anak juga harus ditegah mengeluarkan perkataan keji seperti melaknat atau mencaci maki. Jangan bergaul dengan orang yang suka melakukan perbuatan itu.

- Terapkan anak dengan jiwa berani dan sabar. Puji jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal berkenaan.

- Jika anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dan jangan dibiarkan meninggalkan wuduk. Cegah dia daripada berdusta dan khianat.

- Biasakan anak mentaati orang tua, guru, pengajar dan mereka yang lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.

Sebarang komen dari anda amat dihargai:-)

10 perkara wanita benci

Kebanyakan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Sebarang komen amat dihargai:-)

Tuesday, April 14, 2009

6 Cara Menambat Hati Wanita

Saya amat berterima kasih jika anda mawati sponsor saya yang bertanda ads by google


1. Periksa Penampilan

Percayalah hampir semua wanita di dunia ini sememangnya menyukai jejaka yang berpenampilan menarik. Menarik bukan bererti Anda harus memakai pakaian berfesyen dan mahal setiap hari. Kenakan pakaian yang bersih, rapi dan sesuai dipakai oleh Anda. Jika Anda bermisai atau berjanggut, tak perlu dipotong jika memang Anda suka berpenampilan seperti itu. Cukuplah dengan merapikan saja, dan hanya dipotong jika memang sudah terlalu panjang dan kelihatan berserabut. Yang diperlukan seorang wanita, hanya 30 saat masa Anda di depan cermin sebelum Anda keluar rumah. Jadi gunakan kesempatan memperkemas diri didepan cermin sebaik mungkin. Bukan selama mungkin.


2. Jadilah Lelaki Sejati

Sememangnya wanita memang mengidamkan seorang lelaki sejati. Tapi bagaimana yang dikatakan lelaki sejati? Lelaki sejati adalah sanggup berkelakuan seperti layaknya seorang lelaki iaitu bertanggung jawab, melindungi, berani, sekaligus menyenangkan. Jika salah satunya Anda tak miliki, rasanya agak sukar bagi Anda untuk segera mendapat teman wanita.

3. Mendidik Diri Sendiri

Anda tidak memerlukan segulung ijazah, master atau phD untuk memperolehi ilmu ini. Sama seperti kehendak kebanyakan lelaki, wanita juga perlu belajar dan memperbaiki kualiti diri. Jika Anda tak lulus kuliah, mungkin sekarang masanya mengulang kuliah Anda. Jika Anda tak pernah bersekolah, mungkin sekarang saatnya Anda bersekolah, jika merasi diri mengalami sindrom ‘ketuaan’ berarti Anda harus rajin baca, baca dan membaca. Kenapa? Kerana wanita menyukai lelaki yang smart!

4. Mengikuti perkembangan semasa

Saat ini Anda hidup ditengah belantara teknologi yang dahsyat. Sangat aneh dan lucu jika Anda tak tahu siapa wakil Presiden Amerika sekarang atau berapa jumlah negeri di Malaysia. Lihat, dengar dan baca adalah menu wajib supaya Anda tidak dianggap bodoh, dungu atau kurang pengetahuan.

5. Tingkatkan Percaya Diri

Ini bahagian penting dalam sebuah hubungan yang baru akan dimulai. Pertama-tamanya yakinkan dalam diri Anda bahawa Anda memiliki kelebihan dan potensi. Jadikan kelebihan itu sebagai faktor untuk berfikiran positif. Jika Anda bersikap positif, kekurangan diri Anda seolah tertutup dengan kelebihan-kelebihan yang Anda miliki. Wanita menyukai orang yang percaya kepada diri. Percaya diri bukan saja bererti Anda berani tampil di khalayak ramai untuk berucap atau semacamnya. Percaya diri yang disukai wanita adalah, kemampuan lelaki mengolah dua sisi pribadinya, baik-buruk secara profesional.

6. Komunikasi

Satu penghalang besar antara laki-laki dan perempuan adalah masalah komunikasi. Kerana keduanya melihat hidup secara berbeza dan berbicara tentang segala sesuatu yang berbeza. Tetapi perempuan menghargai seorang laki-laki yang tahu bagaimana menjalin komunikasi dan berhubungan. Wanita memerlukan jejaka yang secara verbal maupun visual mengerti keadaan hati dan batinnya. Untuk itu ada perlu merubah dan mencermin diri atas apa-apa yang teah Anda lakukan.

Komen dari pembaca amat dihargai