Tuesday, November 4, 2008

8 petanda si dia merupakan jodoh kita


Dua manusia yang mempunyai jodoh pasti memiliki ikatan samada dari segi emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Jika kita bertemu dengan seorang gadis atau jejaka dan kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. maka dia adalah jodoh kita. Benarkah begitu?

Anggaran begitu ternyata salah kerana kita biasanya akan mempunyai perasaan sedemikian apabila bertemu dengan sesiapa sahaja yang kita rasakan kacak atau cantik sedangkan seseorang jodoh yang sebenar akan sanggup bersama kita samada dalam keadaan susah atau senang.

Jadi, apakah petanda-petanda lain yang membuktikan bahawa individu tersebut merupakan pasangan sehidup semati kita atau bahasa ringkasnya soulmate kita?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya sikap saling kerjasama. Dia dan kita dapat saling membantu samada dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kita bersama pasangan selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kita sudah merasakan perkara tersebut ketika bersama pasangan kita? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kita!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kita atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kita. Sekarang cuba perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya kelihatan bersahaja? Adakah di depan kamu dia tidak akan control keayuannya atau kehensemannya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika semua jawapannya ialah ya, maka bergembiralah, kerana dia berkemungkinan besar ialah jodoh kamu:-)

Petanda 3

Adanya deria batiniah yang membuatkan hati kita selalu dapat mengetahui isi hati masing-masing. Apabila kita atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu, ini bermakna si dia ialah destini kebahagian sebenar kita...

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kita menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kita merasa bosan... Inilah petanda bahawa kita bersama si dia kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia sentaiasa akan berada di sisi kita walau dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kita baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kita dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kita terganggu? Dia tahu keadaan waktu kita sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6

Dia kurang mengambil kisah dengan masa lalu keluarga kita, dia tak peduli dengan masa lalu kita ketika bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Jika hal ini berlaku antara kita dan pasangan, ini bererti dia sudah bersedia menerima kamu seadanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kita tidak akan malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan kita tidak malu terjumpa dengannya dalam keadaan yang kurang terurus contohnya ketika baru bangun dari tidur, atau disaat kita sakit. Si dia juga menceritakan sejujurnya kepada kita tentang kelemahan dan kekurangan yang ada padanya... Terbukti kita dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kita akan lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kita yang lain. Atau kita merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kita temukan!

Adakah anda menjumpai kelapan-lapan petanda di atas pada si dia? Jika jawapannya ya, Saya mendoakan agar anda beserta pasangan anda akan kekal bahagia selama-lamanya:-)

"Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya utk dijunjung serta diagungkan, bukan pula dari kakinya untuk dipijal dan dijadikan alasnya, tetapi disisinya utk dijadikan teman hidupnya, berdekatan lengannya utk dilindungi serta dekat dihatinya utk dicintai"

No comments: